mengenai kursus citra yang mana mengajar kami tentang teknologi dan inovasi yang kreatif dan berkesan khususnya dalam bidang pendidikan
Selasa, 23 Disember 2014
Jumaat, 12 Disember 2014
10 POSISI GAMBAR INOVASI
FRAME GAMBAR BESERTA TEMPAT LETAK ALAT
TULIS
Frame gambar serta tempat letak alat tulis ini tersangatlah comel
serta ianya hanya dibuat daripada kotak keras dan kertas warna sahaja. Ia
sangat mudah untuk dibuat, tidak menggunakan banayk masa untuk menyiapkannya
serta hasilnya sangat cantik..r
Anda
boleh menyediakannya mengikut kreativiti anda sendiri seperti saiz, warna, dan
sebagainya. Ia juga menggunakan kos yang sangat murah. Bahan-bahan yanag
diperlukan ketika menyiapkan frame unik ini adalah seperti
gam, gunting, kotak keras ataupun cardboard, dan kertas warna.
Berikut adalah sepuluh gambar yang saya sediakan yang diambil dari pelbagai
udut supaya anda dapat melihatnya dengan lebih jelas dan memudahkan anda untuk
membuat frame ini.
Selamat
mencuba!
ARTIKEL TAHAP KEMUDAHAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI LUAR BANDAR
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI LUAR BANDAR
GGGE2123 Set2 Sem 1 20142015 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
Nama pensyarah :
Prof. Madya Dr. Jamaludin bin Haji Badusah
Encik Mohd Jasmy bin Abd Rahman
Encik Md Yusoff bin Daud
Nama ahli kumpulan:
Nurrifatul Izzati binti Rosman A148702
Aisyah binti Kamarazaman A149955
Nur Hidayah Binti Muhammad Yusoff A149038
Nurul ‘Aqila binti Bachok@Mohd.Aking A150391
Farah Syazwina binti Mohamad sallehuddin A151032
Nur Solehah binti Ali A149126
Noor Syahirah binti Abdul Rajab A151106
ISI KANDUNGAN
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
PENDAHULUAN
|
1-2
|
PENYATAAN MASALAH
|
3-4
|
TUJUAN KAJIAN
|
5-6
|
OBJEKTIF KAJIAN
|
7
|
PERSOALAN KAJIAN
|
8-9
|
METODOLOGI KAJIAN
|
10-11
|
DAPATAN KAJIAN
|
12-13
|
PERBINCANGAN
|
14-16
|
CADANGAN KAJIAN
|
17-18
|
KESIMPULAN
|
19-20
|
RUJUKAN
|
21-22
|
LAMPIRAN
|
23-28
|
PENDAHULUAN
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Sistem pendidikan di Malaysia kini sedang berkembang pesat sekali. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat memberi impak yang besar kepada tenaga pengajar dalam mendidik serta pelajar dalam menerima sesuatu ilmu itu. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin meluas, ianya telah mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan pelbagai dasar dan langka-langkah dalam memajukan bidang pendidikan antaranya ialah program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan prosesdan keberkesanan P&P. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. Dalam usaha melaksanakan program-program tersebut KPM telah menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan ICT yang diperlukan untuk P&P seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD serta melatih guru berkaitan ICT.
PERNYATAAN MASALAH
Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar
memperoleh kemahiran yang boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu
memasuki alam pekerjaan. Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga
adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka kini sangat berminat
menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik
dan mencabar. Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar sepatutnya turut
menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan datang. Bagi tujuan tersebut,
guru seharusnya mempunyai kemahiran ICT
yang cukup bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Guru sepatunya boleh
menggunakan ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh
membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak. Selain
itu, sekolah juga perlu menyediakan prasarana yang lengkap bagi kegunaan guru
dan para pelajar. Jika prasarana teknologi di sekolah tidak mencukupi, hal ini
akan mengganggu proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Bukan itu sahaja,
malah guru juga tidak boleh membantu para pelajar yang memerlukan bantuan.
Namun, kajian berkaitan penggunaan dan kemudahan
ICT di sekolah-sekolah menengah luar bandar menunjukkan tahap yang rendah. Tiga
faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah ialah guru,
teknologi dan sekolah Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama
lain, tetapi Ely (1995) berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang
pelaksanaan inovasi di sekolah. Sesungguhnya cabaran paling besar ialah
memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam
pengajaran harian mereka. Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT
dalam amalan pengajaran juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran
teknologi yang ada pada mereka. Guru yang kurang menggunakan teknologi di dalam
bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT.
Seterusnya, kajian yang telah
dijalankan juga adalah untuk meninjau tahap penggunaan ICT di sekolah-sekolah
menengah di luar bandar. Berdasarkan peninjauan
dan
pemerhatian daripada hasil kaji selidik, didapati kemudahan ICT di
sekolah-sekolah menengah luar bandar berada pada tahap yang sederhana. Walaubagaimanapun,
guru sentiasa bersedia memberi bantuan kepada para pelajar yang kurang mahir
dengan penggunaan IT. Pelajar juga memanfaatkan kemudahan laman sesawang untuk
kegunaan pelajaran. Guru juga memberi layanan yang baik dan mesra kepada para
pelajar. Tetapi, disebabkan prasarana ICT yang tidak begitu lengkap, kemudahan
untuk berurusan dengan guru untuk proses penggunaan e-book, kamus digital dan
sebagainya amatlah terhad.
Sebagai langkah mengurangkan jurang digital
antara bandar dan luar bandar, kerajaan dalam belanjawan 2001 memperuntukkan
belanjawan untuk membina sebanyak 1,262 buah makmal computer di sekolah-sekolah
luar bandar di seluruh negara. Kerajaan yakin kaedah multimedia yang dilengkapi
dengan perisian berasaskan falsafah pendidikan negara mampu menghapuskan jurang
kualiti pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar, ( Utusan Malaysia,
28 November, 2000).
TUJUAN KAJIAN
Adalah
diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap
kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar bandar, pengetahuan dan
kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah–masalah yang dihadapi
oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun kajian ini terhad kepada sebuah sekolah sahaja, namun dapatan kajian
ini dijangka dapat memberi petunjuk-petunjuk tentang tahap kemudahan ICT di
sekolah-sekolah menengah luar bandar, pengetahuan dan kemahiran guru dalam
bidang ICT, serta sikap dan masalah –masalah yang dihadapi oleh guru dalam
menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan ini boleh membantu para guru dan pihak
kementerian pendidikan memahami situasi yang sebenar yang berlaku dalam
sesebuah sekolah menengah di luar bandar, bilik darjah dan membantu guru- guru
menggubal aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran pelajar, serta membantu
pihak KPM bagi mengatasi kemudahan ICT di sekolah-sekolah, mengubal
program-program yang bersesuaian dengan kehendak, tahap kemudahan ICT dan
kemampuan guru-guru sekolah menengah di luar bandar dalam melaksanakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pihak KPM juga boleh menggunakan dapatan ini
sebagai garis panduan untuk menyediakan prasarana yang lebih baik kepada
sekolah-sekolah menengah di luar bandar, melaksanakan kursus-kursus berkaitan
ICT kepada guru-guru di sekolah, terutama guru-guru di sekolah luar bandar. Di
samping itu, kajian ini juga diharap dapat membantu pihak perancang program
menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan pelajar berdasarkan tahap
kemudahan ICT di sekolah masing-masing.
Seterusnya,
diharapkan kesedaran daripada kerajaan tentang kepentingan teknologi maklumat
ini akan mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke
peringkat sekolah rendah khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana selain
daripada 3M, (Membaca, Menulis dan Mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan
oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer. Seseorang
iti dikatakan celik komputer apabila mempunyai kefahaman asas fungsi komputer,
dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas harian sama
ada untuk kegunaan peribadi atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan berkesan,
dan dapat berinteraksi dengan komputer menggunakan aplikasi-aplikasi seperti
multimedia dan internet. Justeru, diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan segera
mengambil tindakan bagi menambahbaikkan tahap kemudahan ICT di sekolah-sekolah
menengah di luar bandar ini.
OBJEKTIF
KAJIAN
• mengkaji
jenis-jenis Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah luar bandar.
• mengkaji
peratusan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di sekolah luar
bandar.
mengkaji kesan positif dan negatif
penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat
(ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah
kepentingan ICT yang diterapkan dalam proses pembelajaran di sekolah menengah
pada masa kini ?
2. Adakah
tahap kemudahan ICT ini dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan mutu
pendidik dan pelajar ?
3. Bagaimanakah
tahap kemudahan ICT dapat membantu para pendidik dan pelajar untuk bersaing
dengan negara global ?
HURAIAN :
1. Apakah
kepentingan ICT yang diterapkan dalam proses pembelajaran di sekolah menengah
masa pada masa kini ?
ICT
didefinasikan sebagai informasi komunikasi teknologi di dalam pendidikan yang
menerapkan niai-nilai teknologi dari segenap aspek. Daripada kepesatan ekonomi
dan bidang teknologi masa kini, adakah kita seiring mengejar arus pembangunan
moden teknologi dan adakah mampu penduduk di Malaysia menerima segala kepesatan
dunia moden dangan sekelip mata?
Persoalan ini sewajarnya menjadi titik ukur kepada warga pentadbiran negara
tentang tahap keupayaan kita dalam memenuhi keperluan tersebut. Kepentingan ICT
tidak dinafikan dapat melahirkan individu yang lebih mantap, tetapi adakah ia
nya boleh diaplikasikan oleh individu tersebut? Kepentingan ICT dengan mudah
gambaran dapat digunakan untuk
pengajaran dan meningkatkan memori pelajar. Selain itu, dengna mudah pengajar
dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar dan pengajar boleh
melakukan sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih baik serta meningkatkan konsentrasi para pelajar.
2.
Adakah tahap kemudahan ICT ini dalam
proses pembelajaran dapat meningkatkan mutu pendidik dan pelajar ?
Kemudahan ICT merangkumi pelbagai aspek dalam
diri setiap individu seperti dari segi pendengaran, penglihatan, perbuatan dan
pertuturan. Tetapi adakah kerajaan peka
dengan keupayaan mereka memenuhi kemudahan ICT ini di setiap sekolah supaya
tiada sekolah yang tercicir daripada mengetahui dan menggunakan teknologi moden
ini. Adakah tahap kemudahan yang tinggi ini dapat membantu pada pelajar untuk
lebih berinovasi, proaktif dan efektif ? pendidik masa kini menggunakan
visualiser untuk membantu proses pembelajaran mereka dan menambah baik lagi
keistimewaan pengajaran. Kajian telah dilakukan dan statistik menunjukkan
responden bersetuju dengan adanya kemudahan ICT , sesi pengajaran lebih menarik
dan lengkap.
3. Bagaimanakah
tahap kemudahan ICT dapat membantu para pendidik dan pelajar untuk bersaing
dengan negara global ?
Negara
pada masa kini masih berpaut pada status negara yang sedang membangun . pihak
pentadbiran negara bertungkus-lumus memastikan tahap pendidikan negara berada
pada tahap yang baik dan mampu bersaing dengan dunia luar. Persoalannya adakah
segala kemudahan ICT yang ada cukup untuk memastikan pelajar yang dilahirkan mempunyai
tahap mampu saing dalam bidang teknologi dengan negara luar. Antara kaedah yang
digunakan untuk memantapkan lagi daya
berteknologi, pusat-pusat IT dibuka dengan lebih banyak, menambah bilangan
pakar dalam IT dan mendedahkan setiap
individu tentang teknologi semasa dan rekacipta baru di alam global.
METODOLOGI KAJIAN
REKA
BENTUK KAJIAN
Bentuk
kajian penyelidikan yang dijalankan ini adalah
berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik.
Penyelidikan deskriptif adalah satu kaedah kuantitatif. Mengikut Azizi Yahaya
et al. (2007), statistik deskriptif digunakan bagi menghurai atau membuat
ringkasan pada maklumat ataupun data yang diperolehi bagi populasi ataupun
sampel, ia biasanya digunakann oleh para penyelidik bagi membuat ringkasan pada
data yang mempunyai kuantiti yang besar. Set soal selidik disediakan dan
diedarkan kepada responden bagi mendapat maklumat.
Penggunaan
soal selidik bagi penyelidik adalah mudah dan sesuai dengan masa malahan tidak
memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam kajian ini, data-data telah dikumpul dengan menggunakan borang kaji
selidik yang dibuat sendiri di tenmpat kajian. Soal selidik yang baik akan
menepati objektif yang dikehendaki, memperoleh maklumat yang paling tepat dan
lengkap serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian dengan perbelanjaan yang
sederhana.
INSTRUMEN
KAJIAN
Satu
set soal selidik dibina untuk diedarkan kepada responden. Soal selidik ini
dibentuk berdasarkan faktor-faktor berikut:
·
Memberikan masa yang cukup kepada
responden untuk menjawab soal selidik tersebut
·
Soal selidik itu mudah dijawab kerana
jawapan telah disediakan dan hanya perlu ditandakan sahaja.
·
Menjimatkan masa, tenaga dan
perbelanjaan penyelidik
·
Penggunaan bahasa yang senang dan mudah
difahami
Set
soal selidik terbahagi kepada:
·
Demografi
·
Kemudahan ICT di sekolah
·
Bantuan guru-guru di sekolah
·
Kemudahan ICT diperpustakaan
·
Kesan penggunaan ICT terhadap pelajar
·
Kesan penggunaan ICT terhadap sekolah
·
Kesan penggunaan ICT terhadap ibubapa
Pilihan
soal selidik dalam kajian ini adalah jenis soalan menggunakan kaedah Likert.
Skala Likert adalah digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap setiap
kenyataan yang dikemukakan. Penyelidik menggunakan skala Likert adalah kerana
ia merupakan pengumpulan maklumat yang mudah dan dengan menggunakan skala
Likert juga dapat memberikan hasil yang tepat terhadap sesuatu pembolehubah
yang dikaji. Skala Likert mempunyai tahap kebolehpercayaan yang melebihi 85%
(Mohd Majid Konting,1994). Responden diminta menandakan tanda right dengan kenyataan soalan yang
diberikan.
Likert(1932)
mencadangkan kaedah penyelidikan sikap lebih mudah. Penyelidikan perlu memilih
satu set pernyataan sikap dan subjek perlu menandakan persetujuan ataupun
ketidakpersetujuan mereka terhadap
setiap pernyataan sepanjang Skala Lima Point. Bermula daripada “sangat tidak
setuju” kepada “sangat setuju’. Tiada juri diperlukan bagi menentukan kedudukan
pada skala pernyataan. Ini adalah kerana semua subjek yang memilih “sangat
bersetuju’ dianggap lebih menyukai pernyatan sikap itu berbanding dengan yang
menjawab “kurang setuju” dan “sangat tidak setuju”. Skor setiap subjek
dijadualkan dengan memberikan nilai bernombor pada setiap jawapan bermula dari
1 hingga 5.
DAPATAN KAJIAN
PROFIL RESPONDEN
Responden terdiri
daripada 32 orang pelajar sekolah luar Bandar. Seramai 32 orang pelajar yang
kami edarkan set soalan secara rawak. Daripada aspek jantina, majoriti
responden merupakan pelajar perempuan iaitu 24 orang berbanding pelajar lelaki
iaitu hanya 8 orang sahaja. Taburan ini merupakan fenomena biasa di kebanyakan
sekolah di Malaysia di mana bilangan pelajar perempuan adalah lebih tinggi
daripada pelajar lelaki. Daripada soal selidik ini 28 daripadanya daripada
berbangsa melayu, 2 orang berbangsa Cina dan 2 orang berbangsa India.
KEMUDAHAN ICT DI
SEKOLAH
Daripada hasil kajian
kami kebanyakan responden kurang setuju bahawa sekolah mereka menggunakan
sepenuhnya penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya
kebanyakan pelajar memilih setuju dan kurang setuju yang mana pelajar
memanfaatkan kemudahan laman sesawang untuk kegunaan pelajaran.
BANTUAN GURU DALAM
MENGENDALIKAN KEMUDAHAN ICT
Menurut dari jawapan
dari soalan yang telah kami edarkan kepada responden di sekolah luar bandar itu
guru-guru mereka sentiasa bersedia memberi bantuan kepada para pelajar yang
kurang mahir dengan penggunaan ICT di sekolah mereka keran kebanyakan jawapan
yang kami dapat adalah ramai yang memilih sangat setuju dengan kenyataan itu.
KEMUDAHAN ICT DI
PERPUSTAKAAN
Daripada kenyataan para
pelajar mereka menyatakan bahawa kemudahan komputer dan kamus digital tidak
mencukupi untuk kegunaan warga sekolah, seterusnya kesemua pelajar secara
majoritinya sangat setuju bahawa peminjaman dan pemulangan buku menggunakan
sistem atas talian berkadar 24jam lebih memudahkan mereka.
KESAN PENGGUNAAN
KEMUDAHAN ICT TERHADAP PELAJAR
Majoriti para pelajar
bersetuju dengan kenyataan “pelajar akan lebih rajin dalam menyelesaikan
tugasan yang diberikan” dalam erti kata lain mereka akan lebih bersemangat dan
gembira sekiranya tugasan meraka di berikan untuk disiapkan dengan menggunakzan
internet atau dengan kemudahan komputer.
KESAN PENGGUNAAN
KEMUDAHAN ICT TERHADAP SEKOLAH
Para pelajar sangat
bersetuju bahawasanya dengan penggunaan kemudahan ICT seperti internet serta
sistem berkomputer pihak pengurusan serta sistem pembelajaran akan dapat
ditingkatkan lagi tarafnya. Begitu juga dengan pentadbiran di sekolah akan
lebih efisien sekira kemudahan ICT digunakan.
KESAN PENGGUNAAN
KEMUDAHAN ICT TERHADAP IBUBAPA
Jadi dengan
perkembangan pesat teknologi serta kemahiran zaman serba moden lagi canggih
ini, para pelajar amat bersetuju sekiranya ibubapa dapat menyediakan kemudahan
ICT di rumah bagi memudahkan anak-anak untuk mendapat maklumat dengan cepat dan
mudah serta tidak ketinggalan zaman.
PERBINCANGAN
Melalui perbincangan dan kaji selidik sesama
ahli kumpulan, kami mendapati tahap kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah
di luar bandar adalah kurang memuaskan dan kurang mendapat sambutan berbanding
dengan sekolah-sekolah menengah di bandar. Hasil yang ditunjukkan mengenai
pembelajararan dan pengajaran ICT di sekolah menengah luar bandar juga tidak
cukup memberangsangkan berbanding sekolah di bandar. Perkara ini sedikit banyak
diketahui berdasarkan kaji selidik yang dilakukan kepada guru-guru di sekolah
menengah luar bandar yang mengatakan penggunaan IT hanyalah sebagai bantuan
alat bantu mangajar tidak lebih dari itu. Selain itu, penggunaan IT lebih
banyak menarik minat pelajar menengah rendah berbanding menengah atas.
Kebiasaanya, guru akan menggunakan LCD projector dan komputer riba di dalam
kelas untuk menggunakan peisian yand disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia atau Pejabat Pelajaran Daerah dan juga menyediakan pelbagai jenis
pengajaran dengan menggunakan power point untuk menyeronokkan lagi pelajar
dengan grafik dan imej yang berwarna dan audio selain mengelakkan pelajar untuk
tidur dan bermain di dalam kelas. Namun begitu, buku teks tetap sebagai panduan
utama.
Selain itu, melalui perbincangan lanjut juga
kami mendapati sekolah di luar bandar tidak begitu didedahkan dengan
pembelajaran menggunakan ICT mungkin kerana pelbagai faktor. Antara faktor yang
kami boleh simpulkan adalah kerana kurang minat dari para guru untuk
menyediakan bahan pengajaran melalui ICT kerana penggunaan buku teks lebih
utama dan diperlukan kerana isi-isi penting yang sering ditanya dalam
peperiksaan semuanya terdapat di dalam buku teks. Tambahan pula, faktor yang
paling jelas dapat dilihat ialah kekurangan infrastruktur di sekolah menengah
luar bandar dari segi komputer, LCD, projector dan banyak lagi. Oleh kerana
geografi sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, kesukaran untuk mengakses
kepada internet tidak dapat dinafikan untuk mencari bahan-bahan pengajaran dengan
lebih cepat dan efektif untuk disediakan kepada para pelajar. Namun pihak
sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk menaik taraf penggunaan internet
dan kemudahan ICT dari semasa ke semasa
walaupun melibatkan modal dan kos yang tinggi untuk proses penyelanggaran.
Malah, pihak guru juga berkata mereka juga menggunakan perkhidmatan YES sebagai
line internet sebagai salah alternatif mereka untuk menyelesaikan masalah untuk
mengakses internet.
Salah satu soalan yang diutarakan kepada para
guru ialah mengenai e-Learning yang dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan guru akan memberikan respon yang baik
dengan mengatakan program e-Learning sangat membantu untuk menarik minat
pelajar dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas. Namun, sebagai
sekolah yang terletak di luar bandar, kekangan untuk mengaplikasikan e-Learning
di dalam kelas memerlukan kos yang tinggi dan kurang kemudahan yang disediakan
untuk memastikan program ini dijalankan dengan sempurna. Tambahan pula, para
guru juga mengadu mengenai waktu pembelajaran yang agak singkat juga penyumbang
kepada kekangan yang sering dihadapi kerana hanya guru tertentu sahaja yang
dapat menggunkan e-Learning seperti guru sains di makmal dan guru lain perlu
berkongsi LCD dan projector malah perlu membuat tempahan seminggu lebih awal
untuk menggunakan barangan ICT.
Berdasarkan pemerhatian kami semua, setiap
sekolah memiliki kemudahan makmal komputer. Namun, tidak semua komputer
mempunyai kemudahan untuk mengakses internet walaupun subjek ICT telah menjadi
salah satu subjek elektif bagi setiap pelajar. Hal ini telah menjadi gangguan
dan cabaran kepada para guru kerana mereke memerlukan internet untuk menghantar
maklumat dan key-in markah pelajar terus sampai kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah. Manakala, untuk para pelajar pula, had
penggunaan internet sudah semestinya bergantung kepada pihak sekolah yang hanya
membenarkan pelajar untuk mengakses internet pada waktu rehat sahaja namun
perlu dipantau oleh pihak guru. Secara lazimnya, pihak sekolah akan memasang
perisian software spy di mana pelajar tidak dapat mengakses web yang terlarang
seperti laman web yang berbentuk ganas dan pornografi.
Bukan itu sahaja, selain daripada kegunaan
internet dan LCD, aplikasi penggunaan kamus digital juga sering digunakan oleh
para pelajar di sekolah kerana mendapat galakan dan rekomendasi yang baik
daripada para pemborong. Namun begitu, kamus digital ini hanya boleh digunakan
oleh pelajar yang berkemampuan sahaja majoritinya hanya pelajar bandar yang
memakai kamus digital kerana harganya yang mahal dan berjenama seperti BESTA.
Oleh itu, guru lebih menggalakkan pelajar untuk menggunakan kamus bercetak
seperti Kamus Dewan, Kamus Oxford dan Kamus Dwibahasa. Kesimpulanya, kami semua
sebulat suara mendapati penggunaan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar
bandar hanyalah membantu secara tidak langsung tidak begitu banyak membawa
impak dan menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar dan sekolah itu
sendiri. Para guru menegaskan penggunaan ICT hanyalah sebagai bantuan alat
mengajar dan peranan dan disiplin pelajar itu sendiri adalah faktor penting
yang akan memberi nama baik dan peningkatan sekolah tersebut. Tidak dilupakan
juga peranan dan kejersama antara pihak pentadbiran, guru, ibu bapa, PIBG, PPD,
dan kementerian.
CADANGAN KAJIAN
Antara beberapa cadangan yang boleh diberikan
berdasarkan pemerhatian, penyelidikan, dan perbincangan kami bersama untuk
menjadikan tahap kemudahan ICT di
sekolah-sekolah menengah luar bandar setaraf dengan tahap sekolah-sekolah menengah bandar adalah
dengan menyediakan kemudahan wifi yang boleh diakses kepada para guru untuk
menyediakan bahan yang lebih menarik, efektif dan berkesan kepada para pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, para guru
pada era millennium ini juga melakukan kerja
mereka secara talian kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysian dan
sebagainya. Kemudian, cadangan lain adalah agar pihak kerajaan mengutamakan
sekolah di luar bandar dengan memperuntukkan lebih banyak peralatan elektronik
seperti komputer, LCD, projektor dan banyak lagi untuk menggalakkan pendedahan
dan kebiasaan para pelajar dan guru untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran
berbentuk ICT supaya dapat menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap sesuatu
pembelajaran.
Kami juga mencadangkan agar subjek ICT menjadi
subjek yang tidak kurang pentingnya kepada para pelajar dengan menjadikan
subjek tersebut termasuk dalam peperiksaan tahunan bukan sahaja subjek elektif
yang wajib diambil oleh setiap pelajar seperti yang dilakukan pada masa
sekarang. Dengan menjadikan subjek ICT subjek pemeriksaan atau penilaian, para
pelajar kan lebih tekun untuk mempelajari ilmu ICT sekali gus dapat melatih
para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu tersebut di dunia luar dalam kehidupan
seharian mereka untuk jangka masa yang panjang sama ada di peringkat universiti
atau peringkat pekerjaan.
Kerajaan dan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia pernah memberikan notebook 1 Malaysia secara percuma kepada para
pelajara yang layak menerima di
sekolah-sekolah bandar mahupun luar bandar. Melalui kajian, kami
mendapati perkara tersebut bukan sahaja telah membantu para pelajar yang
berpendapatan rendah untuk memiliki komputer sendiri untuk melakukan tugasan
malah turut memberi kesan negatif seperti melalaikan dan ketagihan para pelajar
kepada barangan elektronik dan gadjet, permainan secara talian dan akses secara
bebas kepada semua laman web. Oleh sebab itu, pemantauan sepenuhnya dan
bimbingan oleh para guru adalah amat penting untuk memastikan para pelajar
sentiasa menggunakan ICT dengan cara yang betul dan bijaksana.
Akhir sekali, cadangan kajian yang kami ingin
utarakan adalah mengenai perkara yang boleh dibuat sepanjang masa membuat
projek ini. Kami berharap agar kami diperuntukkan masa yang lebih lama untuk
melakukan kaji selidik dan pemerhatian agar tugasan yang diberi dapat
dilaksanakan dengan lebih baik. Boring kaji selidik yang dibuat perlu diedarkan
bukan pada para guru sahaja malah pada para pelajar agar kami dapat melihat
pandangan dan pendapat daripada dua belah pihak sekaligus menjadikan data dan
maklumat yang terkumpul untuk tugasan ini lebih tepat dan meyakinkan.
KESIMPULAN
Secara
kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara
spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran.
ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek
terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam
kurikulum memberi peluang kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam
subjek-subjek tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat. ICT
boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap dalam proses p&p. Ia boleh
digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi penerangan. Pelajar
juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat, menggunakan
email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk rangkaian
sekolah.
Penggunaan ICT
dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam
pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana,
penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar
terutama pelajar yang belajar secara memahami. Oleh hal yang demikian, guru
sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan
ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas
sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah
mereka mampu untuk mengguna ICT dalam pengajaran mereka di samping membimbing
pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.
Tidak dapat
dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan
dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus,
kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi
cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang
bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru
dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.
Kemajuan
dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan
sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan
dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat
yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal
adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya,
namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu
bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat
kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.
Adalah
menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi
pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan
datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat
awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat
pelajar ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala
halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.
Penggunaan
ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini
untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan
untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti
teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang
penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara
pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga
internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan
teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut
kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi
maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.
RUJUKAN
Kamus
Dewan Edisi Keempat(2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Christina
Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali. Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Tahap Kemahiran Ict Dalam Kalangan
Pelajar Semester 5 Dan6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(2009).
Low Johan , Muhamad Rezuali Bin Hassanuddin , Yang Shahrin Bin Ab Aziz & Adnan
Bin Kadir. Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian Sarjana Muda.
Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1, Mac(2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di
kalangan Guru Sekolah Bestari. Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin
Ibrahim. Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Tahap penggunaan komputer di
kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Abu Talib,
Zuraidah (2006). Universiti Utara Malaysia.
Pengintegrasian ICT Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota
Tinggi. Md. Nor Bakar & ²Rashita A. Hadi. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Journal of Science and Mathematics
Educational, volume 2 Jun 2011, Pages 1-17.
Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) sebagai Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Matematik
Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Menengah Daerah Batang,
Padang, Perak. Johnson A/L Savarimuthu. Tesis Ijazah
Sarjana Pendidikan.
Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes
Di Pulau Pinang. Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj.
Siarap, Hasrina Mustafa. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006.
Kefahaman Dan Kemahiran Ict Dalam
Kalangan Pelajar-Pelajar Berpendidikan Agama. Rosidayu
Sabran. Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Kolej
Universiti Islam Malaysia, Nilai, N.Sembilan.
Teknologi Komunikasi dan Maklumat
Dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Baharomm Mohamad
LAMPIRAN
SOAL JAWAB
1. Sejauh mana penggunaan IT oleh guru
di sekolah?
Jawapan
: Penggunaan IT hanya digunakan sebagai alat bantu mengajar. Tambahan pula,
penggunaan IT juga digunakan sebagai salah satu cara bagi menarik minat pelajar
khususnya menengah rendah (tingkatan 1-3). Guru boleh menggunakan LCD projector
bersama computer riba di dalam kelas. Perisian tentang sesuatu matapelajaran
boleh digunakan sama ada direka oleh guru atau menggunakan perisian yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Pejabat Pelajaran Daerah.
Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks tetap digunakan sebagai panduan yang
akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk dan sukatan
pelajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran komsas Bahasa Melayu, guru boleh
membuat penerangan secara ringkas menggunakan perisian dalam bentuk power point
bagi menjimatkan masa daripada menulis di papan putih. Manakala pelajar akan
lebih seronok melihat warna dan audio yang ada serta boleh menyelesaikan soalan
dalam perisian tersebut.
2. Adakah pelajar mengaplikasikan
penggunaan kamus digital untuk proses pembelajaran?
Ya.
Tetapi tidak sepenuhnya. Kebanyakannya kamus digital ini hanya digunakan oleh pelajar
yang berkemampuan dan majoritinya di bandar kerana harganya yang agak mahal
contohnya jenama Besta. Terdapat juga guru yang menggunakan kamus digital ini,
tetapi mereka lebih memilih untuk menggunakan kamus bercetak seperti Kamus
Dewan atau Kamus Oxford dan Dwibahasa.
3. Setiap sekolah mempunyai makmal
komputer, adakah setiap komputer boleh digunakan untuk akses internet?
Bagaimana pula had penggunaan dalam mengakses internet?
Sudah
semestinya boleh mengakses internet kerana kebanyakan sekolah mempunyai subjek
ICT. Begitu juga guru, kebanyakan markah
perlu dikey-in oleh guru supaya maklumat terus smpai kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah. Walaubagaimanapun terdapat
juga beberapa kemudahan computer yang tidak dapat digunakan atau tidak dapat
mengakses internet yang menjadi gangguan dan cabaran dalam mengaplikasikan
internet atau IT di sekolah. Bagi had penggunaan internet di sekolah bergantung
kepad sekolah. Kebiasaannya sekolah membenarkan pelajar mengakses internet pada
waktu rehat tetapi perlu dipantau oleh guru. Dan kebiasaannya kebanyakan
sekolah memasang security spy di mana pelajar tidak dapat mengakses web yang
terlarang seperti web yang berbentuk ganag dan porno.
4. Adakah e-Learning dapat membantu
proses pnp di kelas?
Penggunaan
e-Learning sangat membantu kerana mampu menarik minat pelajar untuk memberi
tumpuan pada pengajaran guru. Secara keseluruhannya memang membantu tetapi
kekangan untuk mengaplikasikan e-Learning sepenuhnya di dalam kelas kerana
memerlukan kos yang tinggi, malah kurang kemudahan khususnya di kawasan luar
bandar. Tambahan pula waktu pengajaran adalah singkat. Hanya guru tertentu
sahaja yang dapat menggunakan e-Learning seperti guru sains di makmal. Manakala
guru yang lain pula perlu berkongsi LCD projektor, malah mereka perlu membuat
tempahan seminggu awal sebelum menggunakannya.
5. Adakah pihak pentadiran sekolah
menaik taraf penggunaan kemudahan ICT di sekolah dari semasa ke semasa?
Setiap
tahun pentadbiran sekolah akan menaik taraf kemudahan ICT, tetapi tidak semua
dapat dinaik taraf. Hal ini kerana proses menaiktaraf kemudahan memerlukan
modal dan kos yang tinggi. Seterusnya dalam pemggunaan internet pula,
sepatutnya semua boleh mengakses internet kerana penyelenggaraan akan dibat
setiap tahun, malah semua menggunakan YES sebagai line internet.
6. Pada pendapat anda, adakah
penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi sekolah?
Pada
pendapat saya, ICT hanyalah sebagai alat bantu mengajar . Prestasi sekolah akan meningkat dengan kerjasama pihak
pentadbir, guru, pelajar, ibubapa, pihak PPD dan kementerian. Namun ICT juga
secara tidak langsung membantu dalam proses meningkatkan prestasi sekolah.
Langgan:
Ulasan (Atom)




