Powered By Blogger

Jumaat, 12 Disember 2014

ARTIKEL TAHAP KEMUDAHAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI LUAR BANDAR


TAHAP KEMUDAHAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI LUAR BANDAR
GGGE2123 Set2 Sem 1 20142015 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
Nama pensyarah :
Prof. Madya Dr. Jamaludin bin Haji Badusah
Encik Mohd Jasmy bin Abd Rahman
Encik Md Yusoff bin Daud
Nama ahli kumpulan:
Nurrifatul Izzati binti Rosman                         A148702
Aisyah binti Kamarazaman                              A149955
Nur Hidayah Binti Muhammad Yusoff            A149038
Nurul ‘Aqila binti Bachok@Mohd.Aking        A150391
Farah Syazwina binti Mohamad sallehuddin   A151032
Nur Solehah binti Ali                                         A149126
Noor Syahirah binti Abdul Rajab                     A151106


 ISI KANDUNGAN
   
PERKARA

MUKA SURAT
PENDAHULUAN

1-2
PENYATAAN MASALAH

3-4
TUJUAN KAJIAN

5-6
OBJEKTIF KAJIAN


7
PERSOALAN KAJIAN

8-9
METODOLOGI KAJIAN

10-11
DAPATAN KAJIAN

12-13
PERBINCANGAN

14-16
CADANGAN KAJIAN

17-18
KESIMPULAN

19-20
RUJUKAN

21-22
LAMPIRAN
23-28
 




























PENDAHULUAN
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi  maklumat  boleh  ditakrifkan  sebagai  sebarang  kaedah  yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi  Maklumat (Information  Technology)  atau  IT  dan Teknologi Maklumat  dan  Komunikasi (Information and Communication Technology)  atau  ICT  merupakan  teknologi  yang  diperlukan  untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek  dalam  pengurusan  dan  pemprosesan  maklumat.  Secara  tepat  dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sistem pendidikan di Malaysia kini sedang berkembang pesat sekali. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan supaya pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat memberi impak yang besar kepada tenaga pengajar dalam mendidik serta pelajar dalam menerima sesuatu ilmu itu. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin meluas, ianya telah mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan pelbagai dasar dan langka-langkah dalam memajukan bidang pendidikan antaranya ialah program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan  ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan prosesdan keberkesanan P&P. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.  Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. Dalam usaha melaksanakan program-program tersebut KPM telah menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan ICT yang diperlukan untuk P&P seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD serta melatih guru berkaitan ICT.


PERNYATAAN MASALAH 
 
Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan. Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar. Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan datang. Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya mempunyai  kemahiran ICT yang cukup bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Guru sepatunya boleh menggunakan ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak. Selain itu, sekolah juga perlu menyediakan prasarana yang lengkap bagi kegunaan guru dan para pelajar. Jika prasarana teknologi di sekolah tidak mencukupi, hal ini akan mengganggu proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, malah guru juga tidak boleh membantu para pelajar yang memerlukan bantuan.  
    
Namun, kajian berkaitan penggunaan dan kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah luar bandar menunjukkan tahap yang rendah. Tiga faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah ialah guru, teknologi dan sekolah Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama lain, tetapi Ely (1995) berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di sekolah. Sesungguhnya cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian mereka. Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada mereka. Guru yang kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT.  

Seterusnya, kajian yang telah dijalankan juga adalah untuk meninjau tahap penggunaan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar bandar. Berdasarkan peninjauan
dan pemerhatian daripada hasil kaji selidik, didapati kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah luar bandar berada pada tahap yang sederhana. Walaubagaimanapun, guru sentiasa bersedia memberi bantuan kepada para pelajar yang kurang mahir dengan penggunaan IT. Pelajar juga memanfaatkan kemudahan laman sesawang untuk kegunaan pelajaran. Guru juga memberi layanan yang baik dan mesra kepada para pelajar. Tetapi, disebabkan prasarana ICT yang tidak begitu lengkap, kemudahan untuk berurusan dengan guru untuk proses penggunaan e-book, kamus digital dan sebagainya amatlah terhad.


 Sebagai langkah mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, kerajaan dalam belanjawan 2001 memperuntukkan belanjawan untuk membina sebanyak 1,262 buah makmal computer di sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara. Kerajaan yakin kaedah multimedia yang dilengkapi dengan perisian berasaskan falsafah pendidikan negara mampu menghapuskan jurang kualiti pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar, ( Utusan Malaysia, 28 November, 2000).


TUJUAN KAJIAN    

Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar bandar, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah–masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian ini terhad kepada sebuah sekolah sahaja, namun dapatan kajian ini dijangka dapat memberi petunjuk-petunjuk tentang tahap kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah luar bandar, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah –masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
    
 Dapatan ini boleh membantu para guru dan pihak kementerian pendidikan memahami situasi yang sebenar yang berlaku dalam sesebuah sekolah menengah di luar bandar, bilik darjah dan membantu guru- guru menggubal aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran pelajar, serta membantu pihak KPM bagi mengatasi kemudahan ICT di sekolah-sekolah, mengubal program-program yang bersesuaian dengan kehendak, tahap kemudahan ICT dan kemampuan guru-guru sekolah menengah di luar bandar dalam melaksanakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
    
 Pihak KPM juga boleh menggunakan dapatan ini sebagai garis panduan untuk menyediakan prasarana yang lebih baik kepada sekolah-sekolah menengah di luar bandar, melaksanakan kursus-kursus berkaitan ICT kepada guru-guru di sekolah, terutama guru-guru di sekolah luar bandar. Di samping itu, kajian ini juga diharap dapat membantu pihak perancang program menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan pelajar berdasarkan tahap kemudahan ICT di sekolah masing-masing.

Seterusnya, diharapkan kesedaran daripada kerajaan tentang kepentingan teknologi maklumat ini akan mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana selain daripada 3M, (Membaca, Menulis dan Mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer. Seseorang iti dikatakan celik komputer apabila mempunyai kefahaman asas fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan internet. Justeru, diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan segera mengambil tindakan bagi menambahbaikkan tahap kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar bandar ini.


OBJEKTIF KAJIAN

     mengkaji jenis-jenis Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah luar bandar.
     mengkaji peratusan penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di sekolah luar bandar.
    mengkaji kesan positif dan negatif penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat
    (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran                             


  PERSOALAN KAJIAN
1.      Apakah kepentingan ICT yang diterapkan dalam proses pembelajaran di sekolah menengah pada masa kini ?
2.      Adakah tahap kemudahan ICT ini dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan mutu pendidik dan pelajar ?
3.      Bagaimanakah tahap kemudahan ICT dapat membantu para pendidik dan pelajar untuk bersaing dengan negara global ?

     HURAIAN :
1.    Apakah kepentingan ICT yang diterapkan dalam proses pembelajaran di sekolah menengah masa pada masa kini ?
ICT didefinasikan sebagai informasi komunikasi teknologi di dalam pendidikan yang menerapkan niai-nilai teknologi dari segenap aspek. Daripada kepesatan ekonomi dan bidang teknologi masa kini, adakah kita seiring mengejar arus pembangunan moden teknologi dan adakah mampu penduduk di Malaysia menerima segala kepesatan dunia moden dangan sekelip mata?  Persoalan ini sewajarnya menjadi titik ukur kepada warga pentadbiran negara tentang tahap keupayaan kita dalam memenuhi keperluan tersebut. Kepentingan ICT tidak dinafikan dapat melahirkan individu yang lebih mantap, tetapi adakah ia nya boleh diaplikasikan oleh individu tersebut? Kepentingan ICT dengan mudah gambaran dapat  digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar. Selain itu, dengna mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar dan pengajar boleh melakukan sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih baik  serta meningkatkan konsentrasi para pelajar.



2.      Adakah tahap kemudahan ICT ini dalam proses pembelajaran dapat meningkatkan mutu pendidik dan pelajar ?
 Kemudahan ICT merangkumi pelbagai aspek dalam diri setiap individu seperti dari segi pendengaran, penglihatan, perbuatan dan pertuturan.  Tetapi adakah kerajaan peka dengan keupayaan mereka memenuhi kemudahan ICT ini di setiap sekolah supaya tiada sekolah yang tercicir daripada mengetahui dan menggunakan teknologi moden ini. Adakah tahap kemudahan yang tinggi ini dapat membantu pada pelajar untuk lebih berinovasi, proaktif dan efektif ? pendidik masa kini menggunakan visualiser untuk membantu proses pembelajaran mereka dan menambah baik lagi keistimewaan pengajaran. Kajian telah dilakukan dan statistik menunjukkan responden bersetuju dengan adanya kemudahan ICT , sesi pengajaran lebih menarik dan lengkap.

3.      Bagaimanakah tahap kemudahan ICT dapat membantu para pendidik dan pelajar untuk bersaing dengan negara global ?
Negara pada masa kini masih berpaut pada status negara yang sedang membangun . pihak pentadbiran negara bertungkus-lumus memastikan tahap pendidikan negara berada pada tahap yang baik dan mampu bersaing dengan dunia luar. Persoalannya adakah segala kemudahan ICT yang ada cukup untuk memastikan pelajar yang dilahirkan mempunyai tahap mampu saing dalam bidang teknologi dengan negara luar. Antara kaedah yang digunakan untuk  memantapkan lagi daya berteknologi, pusat-pusat IT dibuka dengan lebih banyak, menambah bilangan pakar dalam  IT dan mendedahkan setiap individu tentang teknologi semasa dan rekacipta baru di alam global.


METODOLOGI KAJIAN
REKA BENTUK KAJIAN
Bentuk kajian penyelidikan yang dijalankan ini adalah  berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Penyelidikan deskriptif adalah satu kaedah kuantitatif. Mengikut Azizi Yahaya et al. (2007), statistik deskriptif digunakan bagi menghurai atau membuat ringkasan pada maklumat ataupun data yang diperolehi bagi populasi ataupun sampel, ia biasanya digunakann oleh para penyelidik bagi membuat ringkasan pada data yang mempunyai kuantiti yang besar. Set soal selidik disediakan dan diedarkan kepada responden bagi mendapat maklumat.

Penggunaan soal selidik bagi penyelidik adalah mudah dan sesuai dengan masa malahan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam kajian ini, data-data  telah dikumpul dengan menggunakan borang kaji selidik yang dibuat sendiri di tenmpat kajian. Soal selidik yang baik akan menepati objektif yang dikehendaki, memperoleh maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian dengan perbelanjaan yang sederhana.

INSTRUMEN KAJIAN
Satu set soal selidik dibina untuk diedarkan kepada responden. Soal selidik ini dibentuk berdasarkan faktor-faktor berikut:
·         Memberikan masa yang cukup kepada responden untuk menjawab soal selidik tersebut
·         Soal selidik itu mudah dijawab kerana jawapan telah disediakan dan hanya perlu ditandakan sahaja.
·         Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan penyelidik
·         Penggunaan bahasa yang senang dan mudah difahami
Set soal selidik terbahagi kepada:
·         Demografi
·         Kemudahan ICT di sekolah
·         Bantuan guru-guru di sekolah
·         Kemudahan ICT diperpustakaan
·         Kesan penggunaan ICT terhadap pelajar
·         Kesan penggunaan ICT terhadap sekolah
·         Kesan penggunaan ICT terhadap ibubapa

Pilihan soal selidik dalam kajian ini adalah jenis soalan menggunakan kaedah Likert. Skala Likert adalah digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap setiap kenyataan yang dikemukakan. Penyelidik menggunakan skala Likert adalah kerana ia merupakan pengumpulan maklumat yang mudah dan dengan menggunakan skala Likert juga dapat memberikan hasil yang tepat terhadap sesuatu pembolehubah yang dikaji. Skala Likert mempunyai tahap kebolehpercayaan yang melebihi 85% (Mohd Majid Konting,1994). Responden diminta menandakan tanda right dengan kenyataan soalan yang diberikan.

Likert(1932) mencadangkan kaedah penyelidikan sikap lebih mudah. Penyelidikan perlu memilih satu set pernyataan sikap dan subjek perlu menandakan persetujuan ataupun ketidakpersetujuan  mereka terhadap setiap pernyataan sepanjang Skala Lima Point. Bermula daripada “sangat tidak setuju” kepada “sangat setuju’. Tiada juri diperlukan bagi menentukan kedudukan pada skala pernyataan. Ini adalah kerana semua subjek yang memilih “sangat bersetuju’ dianggap lebih menyukai pernyatan sikap itu berbanding dengan yang menjawab “kurang setuju” dan “sangat tidak setuju”. Skor setiap subjek dijadualkan dengan memberikan nilai bernombor pada setiap jawapan bermula dari 1 hingga 5.


DAPATAN KAJIAN

PROFIL RESPONDEN
Responden terdiri daripada 32 orang pelajar sekolah luar Bandar. Seramai 32 orang pelajar yang kami edarkan set soalan secara rawak. Daripada aspek jantina, majoriti responden merupakan pelajar perempuan iaitu 24 orang berbanding pelajar lelaki iaitu hanya 8 orang sahaja. Taburan ini merupakan fenomena biasa di kebanyakan sekolah di Malaysia di mana bilangan pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Daripada soal selidik ini 28 daripadanya daripada berbangsa melayu, 2 orang berbangsa Cina dan 2 orang berbangsa India.

KEMUDAHAN ICT DI SEKOLAH
Daripada hasil kajian kami kebanyakan responden kurang setuju bahawa sekolah mereka menggunakan sepenuhnya penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya kebanyakan pelajar memilih setuju dan kurang setuju yang mana pelajar memanfaatkan kemudahan laman sesawang untuk kegunaan pelajaran.

BANTUAN GURU DALAM MENGENDALIKAN KEMUDAHAN ICT
Menurut dari jawapan dari soalan yang telah kami edarkan kepada responden di sekolah luar bandar itu guru-guru mereka sentiasa bersedia memberi bantuan kepada para pelajar yang kurang mahir dengan penggunaan ICT di sekolah mereka keran kebanyakan jawapan yang kami dapat adalah ramai yang memilih sangat setuju dengan kenyataan itu.

KEMUDAHAN ICT DI PERPUSTAKAAN
Daripada kenyataan para pelajar mereka menyatakan bahawa kemudahan komputer dan kamus digital tidak mencukupi untuk kegunaan warga sekolah, seterusnya kesemua pelajar secara majoritinya sangat setuju bahawa peminjaman dan pemulangan buku menggunakan sistem atas talian berkadar 24jam lebih memudahkan mereka.

KESAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN ICT TERHADAP PELAJAR
Majoriti para pelajar bersetuju dengan kenyataan “pelajar akan lebih rajin dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan” dalam erti kata lain mereka akan lebih bersemangat dan gembira sekiranya tugasan meraka di berikan untuk disiapkan dengan menggunakzan internet atau dengan kemudahan komputer.

KESAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN ICT TERHADAP SEKOLAH
Para pelajar sangat bersetuju bahawasanya dengan penggunaan kemudahan ICT seperti internet serta sistem berkomputer pihak pengurusan serta sistem pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi tarafnya. Begitu juga dengan pentadbiran di sekolah akan lebih efisien sekira kemudahan ICT digunakan.

KESAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN ICT TERHADAP IBUBAPA
Jadi dengan perkembangan pesat teknologi serta kemahiran zaman serba moden lagi canggih ini, para pelajar amat bersetuju sekiranya ibubapa dapat menyediakan kemudahan ICT di rumah bagi memudahkan anak-anak untuk mendapat maklumat dengan cepat dan mudah serta tidak ketinggalan zaman.


 PERBINCANGAN

 Melalui perbincangan dan kaji selidik sesama ahli kumpulan, kami mendapati tahap kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar bandar adalah kurang memuaskan dan kurang mendapat sambutan berbanding dengan sekolah-sekolah menengah di bandar. Hasil yang ditunjukkan mengenai pembelajararan dan pengajaran ICT di sekolah menengah luar bandar juga tidak cukup memberangsangkan berbanding sekolah di bandar. Perkara ini sedikit banyak diketahui berdasarkan kaji selidik yang dilakukan kepada guru-guru di sekolah menengah luar bandar yang mengatakan penggunaan IT hanyalah sebagai bantuan alat bantu mangajar tidak lebih dari itu. Selain itu, penggunaan IT lebih banyak menarik minat pelajar menengah rendah berbanding menengah atas. Kebiasaanya, guru akan menggunakan LCD projector dan komputer riba di dalam kelas untuk menggunakan peisian yand disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Pejabat Pelajaran Daerah dan juga menyediakan pelbagai jenis pengajaran dengan menggunakan power point untuk menyeronokkan lagi pelajar dengan grafik dan imej yang berwarna dan audio selain mengelakkan pelajar untuk tidur dan bermain di dalam kelas. Namun begitu, buku teks tetap sebagai panduan utama.
Selain itu, melalui perbincangan lanjut juga kami mendapati sekolah di luar bandar tidak begitu didedahkan dengan pembelajaran menggunakan ICT mungkin kerana pelbagai faktor. Antara faktor yang kami boleh simpulkan adalah kerana kurang minat dari para guru untuk menyediakan bahan pengajaran melalui ICT kerana penggunaan buku teks lebih utama dan diperlukan kerana isi-isi penting yang sering ditanya dalam peperiksaan semuanya terdapat di dalam buku teks. Tambahan pula, faktor yang paling jelas dapat dilihat ialah kekurangan infrastruktur di sekolah menengah luar bandar dari segi komputer, LCD, projector dan banyak lagi. Oleh kerana geografi sekolah ini terletak di kawasan luar bandar, kesukaran untuk mengakses kepada internet tidak dapat dinafikan untuk mencari bahan-bahan pengajaran dengan lebih cepat dan efektif untuk disediakan kepada para pelajar. Namun pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk menaik taraf penggunaan internet dan  kemudahan ICT dari semasa ke semasa walaupun melibatkan modal dan kos yang tinggi untuk proses penyelanggaran. Malah, pihak guru juga berkata mereka juga menggunakan perkhidmatan YES sebagai line internet sebagai salah alternatif mereka untuk menyelesaikan masalah untuk mengakses internet.

Salah satu soalan yang diutarakan kepada para guru ialah mengenai e-Learning yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan guru akan memberikan respon yang baik dengan mengatakan program e-Learning sangat membantu untuk menarik minat pelajar dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas. Namun, sebagai sekolah yang terletak di luar bandar, kekangan untuk mengaplikasikan e-Learning di dalam kelas memerlukan kos yang tinggi dan kurang kemudahan yang disediakan untuk memastikan program ini dijalankan dengan sempurna. Tambahan pula, para guru juga mengadu mengenai waktu pembelajaran yang agak singkat juga penyumbang kepada kekangan yang sering dihadapi kerana hanya guru tertentu sahaja yang dapat menggunkan e-Learning seperti guru sains di makmal dan guru lain perlu berkongsi LCD dan projector malah perlu membuat tempahan seminggu lebih awal untuk menggunakan barangan ICT.

Berdasarkan pemerhatian kami semua, setiap sekolah memiliki kemudahan makmal komputer. Namun, tidak semua komputer mempunyai kemudahan untuk mengakses internet walaupun subjek ICT telah menjadi salah satu subjek elektif bagi setiap pelajar. Hal ini telah menjadi gangguan dan cabaran kepada para guru kerana mereke memerlukan internet untuk menghantar maklumat dan key-in markah pelajar terus sampai kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah. Manakala, untuk para pelajar pula, had penggunaan internet sudah semestinya bergantung kepada pihak sekolah yang hanya membenarkan pelajar untuk mengakses internet pada waktu rehat sahaja namun perlu dipantau oleh pihak guru. Secara lazimnya, pihak sekolah akan memasang perisian software spy di mana pelajar tidak dapat mengakses web yang terlarang seperti laman web yang berbentuk ganas dan pornografi.
Bukan itu sahaja, selain daripada kegunaan internet dan LCD, aplikasi penggunaan kamus digital juga sering digunakan oleh para pelajar di sekolah kerana mendapat galakan dan rekomendasi yang baik daripada para pemborong. Namun begitu, kamus digital ini hanya boleh digunakan oleh pelajar yang berkemampuan sahaja majoritinya hanya pelajar bandar yang memakai kamus digital kerana harganya yang mahal dan berjenama seperti BESTA. Oleh itu, guru lebih menggalakkan pelajar untuk menggunakan kamus bercetak seperti Kamus Dewan, Kamus Oxford dan Kamus Dwibahasa. Kesimpulanya, kami semua sebulat suara mendapati penggunaan ICT di sekolah-sekolah menengah di luar bandar hanyalah membantu secara tidak langsung tidak begitu banyak membawa impak dan menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar dan sekolah itu sendiri. Para guru menegaskan penggunaan ICT hanyalah sebagai bantuan alat mengajar dan peranan dan disiplin pelajar itu sendiri adalah faktor penting yang akan memberi nama baik dan peningkatan sekolah tersebut. Tidak dilupakan juga peranan dan kejersama antara pihak pentadbiran, guru, ibu bapa, PIBG, PPD, dan kementerian.

CADANGAN KAJIAN
Antara beberapa cadangan yang boleh diberikan berdasarkan pemerhatian, penyelidikan, dan perbincangan kami bersama untuk menjadikan tahap  kemudahan ICT di sekolah-sekolah menengah luar bandar setaraf dengan  tahap sekolah-sekolah menengah bandar adalah dengan menyediakan kemudahan wifi yang boleh diakses kepada para guru untuk menyediakan bahan yang lebih menarik, efektif dan berkesan kepada para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, para guru pada era millennium ini juga melakukan kerja  mereka secara talian kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysian dan sebagainya. Kemudian, cadangan lain adalah agar pihak kerajaan mengutamakan sekolah di luar bandar dengan memperuntukkan lebih banyak peralatan elektronik seperti komputer, LCD, projektor dan banyak lagi untuk menggalakkan pendedahan dan kebiasaan para pelajar dan guru untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran berbentuk ICT supaya dapat menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran.

Kami juga mencadangkan agar subjek ICT menjadi subjek yang tidak kurang pentingnya kepada para pelajar dengan menjadikan subjek tersebut termasuk dalam peperiksaan tahunan bukan sahaja subjek elektif yang wajib diambil oleh setiap pelajar seperti yang dilakukan pada masa sekarang. Dengan menjadikan subjek ICT subjek pemeriksaan atau penilaian, para pelajar kan lebih tekun untuk mempelajari ilmu ICT sekali gus dapat melatih para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu tersebut di dunia luar dalam kehidupan seharian mereka untuk jangka masa yang panjang sama ada di peringkat universiti atau peringkat pekerjaan.
Kerajaan dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pernah memberikan notebook 1 Malaysia secara percuma kepada para pelajara yang layak menerima di  sekolah-sekolah bandar mahupun luar bandar. Melalui kajian, kami mendapati perkara tersebut bukan sahaja telah membantu para pelajar yang berpendapatan rendah untuk memiliki komputer sendiri untuk melakukan tugasan malah turut memberi kesan negatif seperti melalaikan dan ketagihan para pelajar kepada barangan elektronik dan gadjet, permainan secara talian dan akses secara bebas kepada semua laman web. Oleh sebab itu, pemantauan sepenuhnya dan bimbingan oleh para guru adalah amat penting untuk memastikan para pelajar sentiasa menggunakan ICT dengan cara yang betul dan bijaksana.
Akhir sekali, cadangan kajian yang kami ingin utarakan adalah mengenai perkara yang boleh dibuat sepanjang masa membuat projek ini. Kami berharap agar kami diperuntukkan masa yang lebih lama untuk melakukan kaji selidik dan pemerhatian agar tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Boring kaji selidik yang dibuat perlu diedarkan bukan pada para guru sahaja malah pada para pelajar agar kami dapat melihat pandangan dan pendapat daripada dua belah pihak sekaligus menjadikan data dan maklumat yang terkumpul untuk tugasan ini lebih tepat dan meyakinkan.

    KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi peluang kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat. ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap dalam proses p&p. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi penerangan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat, menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk rangkaian sekolah.
                                                                       
Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama pelajar yang belajar secara memahami. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna ICT dalam pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.
           
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.
           
Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.
                                          
Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat pelajar ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.


RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali. Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Tahap Kemahiran Ict Dalam Kalangan Pelajar Semester 5 Dan6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(2009). Low Johan , Muhamad Rezuali Bin Hassanuddin , Yang Shahrin Bin Ab Aziz & Adnan Bin Kadir. Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian Sarjana Muda.
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1, Mac(2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Abu Talib, Zuraidah (2006). Universiti Utara Malaysia.
Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi. Md. Nor Bakar & ²Rashita A. Hadi. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science and Mathematics Educational, volume 2 Jun 2011, Pages 1-17.
Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Menengah Daerah Batang, Padang, Perak. Johnson A/L Savarimuthu. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan.
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa. Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006.
Kefahaman Dan Kemahiran Ict Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Berpendidikan Agama. Rosidayu Sabran. Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia, Nilai, N.Sembilan.
Teknologi Komunikasi dan Maklumat Dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. Baharomm Mohamad

LAMPIRAN











 SOAL JAWAB

1.      Sejauh mana penggunaan IT oleh guru di sekolah?
Jawapan : Penggunaan IT hanya digunakan sebagai alat bantu mengajar. Tambahan pula, penggunaan IT juga digunakan sebagai salah satu cara bagi menarik minat pelajar khususnya menengah rendah (tingkatan 1-3). Guru boleh menggunakan LCD projector bersama computer riba di dalam kelas. Perisian tentang sesuatu matapelajaran boleh digunakan sama ada direka oleh guru atau menggunakan perisian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Pejabat Pelajaran Daerah. Walaubagaimanapun, penggunaan buku teks tetap digunakan sebagai panduan yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk dan sukatan pelajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran komsas Bahasa Melayu, guru boleh membuat penerangan secara ringkas menggunakan perisian dalam bentuk power point bagi menjimatkan masa daripada menulis di papan putih. Manakala pelajar akan lebih seronok melihat warna dan audio yang ada serta boleh menyelesaikan soalan dalam perisian tersebut.

2.      Adakah pelajar mengaplikasikan penggunaan kamus digital untuk proses pembelajaran?
Ya. Tetapi tidak sepenuhnya. Kebanyakannya kamus digital ini hanya digunakan oleh pelajar yang berkemampuan dan majoritinya di bandar kerana harganya yang agak mahal contohnya jenama Besta. Terdapat juga guru yang menggunakan kamus digital ini, tetapi mereka lebih memilih untuk menggunakan kamus bercetak seperti Kamus Dewan atau Kamus Oxford dan Dwibahasa.

3.      Setiap sekolah mempunyai makmal komputer, adakah setiap komputer boleh digunakan untuk akses internet? Bagaimana pula had penggunaan dalam mengakses internet?
Sudah semestinya boleh mengakses internet kerana kebanyakan sekolah mempunyai subjek ICT.  Begitu juga guru, kebanyakan markah perlu dikey-in oleh guru supaya maklumat terus smpai kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kemudahan computer yang tidak dapat digunakan atau tidak dapat mengakses internet yang menjadi gangguan dan cabaran dalam mengaplikasikan internet atau IT di sekolah. Bagi had penggunaan internet di sekolah bergantung kepad sekolah. Kebiasaannya sekolah membenarkan pelajar mengakses internet pada waktu rehat tetapi perlu dipantau oleh guru. Dan kebiasaannya kebanyakan sekolah memasang security spy di mana pelajar tidak dapat mengakses web yang terlarang seperti web yang berbentuk ganag dan porno.

4.      Adakah e-Learning dapat membantu proses pnp di kelas?
Penggunaan e-Learning sangat membantu kerana mampu menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan pada pengajaran guru. Secara keseluruhannya memang membantu tetapi kekangan untuk mengaplikasikan e-Learning sepenuhnya di dalam kelas kerana memerlukan kos yang tinggi, malah kurang kemudahan khususnya di kawasan luar bandar. Tambahan pula waktu pengajaran adalah singkat. Hanya guru tertentu sahaja yang dapat menggunakan e-Learning seperti guru sains di makmal. Manakala guru yang lain pula perlu berkongsi LCD projektor, malah mereka perlu membuat tempahan seminggu awal sebelum menggunakannya.

5.      Adakah pihak pentadiran sekolah menaik taraf penggunaan kemudahan ICT di sekolah dari semasa ke semasa?
Setiap tahun pentadbiran sekolah akan menaik taraf kemudahan ICT, tetapi tidak semua dapat dinaik taraf. Hal ini kerana proses menaiktaraf kemudahan memerlukan modal dan kos yang tinggi. Seterusnya dalam pemggunaan internet pula, sepatutnya semua boleh mengakses internet kerana penyelenggaraan akan dibat setiap tahun, malah semua menggunakan YES sebagai line internet.

6.      Pada pendapat anda, adakah penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi sekolah?
Pada pendapat saya, ICT hanyalah sebagai alat bantu mengajar . Prestasi sekolah akan meningkat dengan kerjasama pihak pentadbir, guru, pelajar, ibubapa, pihak PPD dan kementerian. Namun ICT juga secara tidak langsung membantu dalam proses meningkatkan prestasi sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan